Didalam isu yang lain Pertubuhan ingin mengumumkan bahawa sebilangan ahli jawatankuasa telah menunaikan fardu haji. Mereka terdiri daripada Sdr. Hj Sanusi bin Hj Hussain, selaku Setiausaha Kht. PEKEPEIS, Sdr. Hj Mohd Moktar b Abd Javar, Sdr. Hj Ramli bin Baba dan Sdr. Hj Ismail bin Abu.
Pada 4hb April, 1998 Pertubohan telah menganjurkan Malam Muhibbah sempena ulang tahun yang ke-30 PEKEPEIS bertempat diGolden Landmark Ujong Padang Restaurant. Tetamu Khormat kita ialah Inche' Hawazi Daipi selaku wakil rakyat bahgian Sembawang GRC. Pada masa yang sama Pengerusi Pertubohan Sdr. Hussin Jikon telah menyampaikan cendra hati kepada beliau dimalam tersebut.